Kelab Rakan Surau As-salikin

Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris assalikin@gmail.com

Assalamualaikum wbt.. Selamat Datang Ke Blog Rakan Surau As-salikin, KUO, UPSI.. Semoga Blog Ini Bermanafaat Kepada Anda Semua..

Tuesday, September 15, 2009

-SALAM AIDILFITIRI



Alhamdulillah, Ramadhan Hampir meninggalkan kita semua..bulan yang penuh keberkatan bakal pergi..apa yang diharapkan kita mendapat intipari yang terkandung dalam tarbiyyah ramadhan iaitu Taqwa..Menjelang hari raya, marilah kita perbanyakkan bertahmid, bertasbih dan bertakbir kepada ALLAH s.w.t atas segala nikmat dan pemberian-NYA
Read more!

Thursday, September 10, 2009

Badar Al-Kubra

Badar Al-Kubra adalah Peperangan yang dihadapi oleh rasulullah s.a.w pada 17 Ramadhan. Peperangan ini meninggalkan banyak pengajaran dan hikmah

Pertama: Bermulanya peperangan

Sebab peperangan ini adalah apabila Rasulullah s.a.w mempersiapkan pasukan tentera untuk merampas barang dagangan yang dibawa oleh Abu Sufian dan gerombolannya. Barang2 ini adalah harta2 orang2 muhajirin yang dirampas oleh golongan musyrikin semasa mereka menghalau kaum Muslimin.

Abu sufian mengetahui perancangan Rasulullah ini. Lalu dia menghantar Dam Dam al-Ghifari ke Mekkah utk memberitahu perancangan Rasulullah. Kemudian kaum musyrikin keluar untuk memerangi Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang berjumlah 314 tentera keluar dalam keadaan mereka tidak tahu tentera musyrikin sedang menuju ke arah mereka.

Pengajaran: Ummat Islam tidak boleh berdiam diri apabila dizalimi oleh musuh2 Islam dikalangan orang2 kafir dan kuncu2nya. Mereka mesti membalas balik serangan dan kezaliman musuh2.

Kedua: Permuafakatan orang2 Islam

Apabila Rasulullah s.a.w mendengar kedatangan pasukan tentera musyrikin, Rasulullah bermesyuarat dengan para sahabat2nya untuk meminta pandangan mereka.

Golongan Muhajirin yang diwakili oleh Miqdad bin Amru r.a. berkata:

"Hai Rasulullah laksanakan apa yang Allah telah perintahkan kepadamu. KAmi sentiasa bersama mu"

Golongan Al-Ansar yang diwakili oleh Saad bin Muaz r.a berkata:

"Sesungguhnya kami telah beriman kepadamu, membenarkanmu, bersaksi bahawa apa yang kamu bawa adalah benar dan kami telah memberikan janji kami kepadamu untuk dengar dan taat. Laksanakanlah apa yang kamu hendak lakukan, kami tetap bersamu. Demi tuhan yang mengutusmu dgn kebenaran kalau kamu bentangkan kepada kami lautan dan kamu mengharunginya, pasti kami kami mengharunginya bersamamu."

Rasulullah s.a.w amat gembira dgn kata2 Saad bin Muaz, lalu Nabi s.a.w bersabda:

"Berjalanlah dan terimalah berita gembira. Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadaku untuk menemukan salah satu kumpulan orang2 musyrikin."

Pengajaran: Ummat islam tidak kira apa jua bangsa, mazhab dan aliran politik mestilah bersatu padu untuk menentang musuh2 Islam.


ketiga: Pemimpin mendengar pandangan rakyatnya.


Rasulullah s.a.w telah menerima dua pendapat dari sahabatnya habbab bin al-Munzir dan Saad bin muaz r.a. Habbab yg mengemukakan pendapatnya supaya dipindahkan tempat mereka menanti musuh. Saad pula mencadangkan supaya dibina tempat khusus untuk Rasulullah supaya dapat mengelakkan dari baginda ditimpa musibah. Kedua2 cadangan itu diterima Rasulullah.

Pengajaran: Pemimpin di setiap peringkat hendaklah menerima pandangan rakyat jika ia membawa kepada kemaslahatan umum dan tidak bertentangan dgn syariat.


Keempat: Mukjizat Rasulullah


Nabi s.a.w meletakkan tangannya ke banyak tempat dan berkata "Ini tempat terkorbannya si fulan". Dia menunjukkan banyak tempat dan menyebut nama2 orang musyrikin yg terkorban. Apabila telah selesai perang tidak satu tempat dan nama pun yang tersilap. Semua yang disebut namnya terkorban mengikut tempat yg disebut baginda.

Pengajaran: Mukjizat ini menjadi bukti kukuh kepada kerasulan baginda.


Kelima: Doa sebelum berperang


Pada malam Jumaat 17 Ramadan Nabi s.a.w berdoa bersungguh kepada Allah. Diantara doanya:


"Ya Allah sesungguhnya kaum quraisy ini telah datang dengan kesombongan serta kebanggaan. Mereka mencabar kamu dan membohongi rasulmu. Ya Allah berikanlah kami kemenangan yang engkau janjikan kepada ku."

Pengajaran: Doa sangat penting untuk kita menghadapi apa problem dunia dan agama. Kesungguhan dalam berdoa amat perlu. Nabi yang tidak ada dosa pun berdoa sehingga jatuh kain serbannya.


Keenam: Peperangan dan kemenangan


Pada pagi hari jumaat 17 ramadan tahun dua hijrah bermulanya peperangan diantara tentera Islam denagn tentera kebatilan. Diakhiri dgn kemenangan Ummat Islam. 70 yang terbunuh dan 70 yang ditawan di kalangan orang2 musyrikin. Dikalangan orang Islam 14 orang yang syahid.

Pengajaran: Walaupun ummat Islam kekurangan dari segi kekuatan fizikal tetapi kekuatan rohani menyebabkan turunnya pertolongan Allah dengan turunnya para malaikat. Lambatnya kemenangan pada masa sekarang adalah disebabkan dosa2 yang dilakukan oleh pejuang2 Islam seperti yang disebut oleh saidina Umar.


Ketujuh: Bercakap dgn orang yang mati


Mayat2 pemuka2 musyrikin diletakkan di dalam telaga badar. Rasulullah s.a.w melaungkan nama2 mereka dan nama2 bapa2 mereka:

"Ya fulan dan ya fulan bin fulan, sekarang ni adakah kamu suka jika kamu taat kepada Allah dan Rasulnya semasa kamu hidup? Sesungguhnya kami telah mendapati apa yang tuhan kami janjikan itu benar. Adakah kamu dapati apa yang tuhan kamu janjikan itu benar?"

Saidina Umar r.a mencelah:
"Ya Rasulullah kenapa engkau bercakap dengan jasad2 yang tidak ada ruh lagi?"

Rasulullah menjawab " Demi tuhan yang mana diri Muhammad dalam kekuasaannya, kamu mendengar apa yang aku katakan tidak lebih dari apa yang mereka dengar." (Hr Bukhari dan Muslim)

Pengajaran: Penghuni kubur mendengar perkataan orang yang hidup.

Rujukan : Feqhus Sirah an-Nabawiyah oleh Dr Ramadan al-Bout

http://akhisalman.blogspot.com/2008/09/peperangan-badar-al-kubra.html
Read more!

Wednesday, September 9, 2009

Gambar Ceramah Nuzul Quran





Read more!

GamBar Ceramah Ambang ramadhan



Read more!

Gambar Program Be A True Muslim (BiTeM)







Read more!

Tuesday, September 8, 2009

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim.

-selamat beramal-

Rujukan :

http://ustazazhar.com/v1/hadith/kelebihan-bulan-ramadhan.html


Read more!

Friday, July 17, 2009

Jom P program sambutan Isra' Mikraj peringkat KUO



Read more!

Thursday, July 16, 2009

Pengajaran Peristiwa Isra' dan Mikraj

PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba

Peristiwa Israk dan Mikraj penting untuk dihayati terutamanya manusia zaman kini yang semakin jauh dari dapat menyelami hikmah-hikmah Ilahi. Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya.

Pengajaran Tentang Solat

Antara pengajaran terpenting yang diperolehi daripada perjalanan Israk dan Mikraj ialah tentang solat. Di antara kefarduan solat dan mukjizat Israk dan Mikraj, terdapat hubung kait yang begitu mendalam dan erat, sehingga munasabahlah dinamakan solat itu sebagai al Mikraj al Ruhi.

Apabila Mikraj Nabi kita SAW dengan jasad dan rohnya ke langit sebagai suatu mukjizat, maka Allah SWT menjadikan bagi umat Muhammad SAW Mikraj Roh pada setiap hari sebanyak lima kali. Di mana roh dan hati mereka pergi menemui Allah bagi memastikan mereka bebas dari kekangan hawa nafsu dan menyaksikan keagungan Allah, kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di atas permukaan bumi ini.

Kemuliaan yang diperolehi bukan dengan jalan penindasan, kekuatan dan kemenangan, tetapi dengan jalan kebaikan dan ketinggian, jalan kesucian dan kemuliaan serta jalan solat.

Tidaklah solat itu sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin atas semulia-mulia makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.

Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.

Allah SWT telah memfardukan solat ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.

Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: "Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Awsot juga disebut di dalam Majma' al Zawaid (1/291)).

Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan khusyuk dan khudhu' kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.

Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya, bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.

Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di hadapannya". (riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).

Sabda Baginda SAW lagi: "Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk syurga". Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).

Sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas kematiannya dengan dihentakkan kepalanya ke batu.

Setiap kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.

Wahai kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat serta tunaikanlah kerana Allah pada waktunya dengan khusyuk. Tiada yang menghalang kalian untuk menunaikannya walaupun disebabkan kesejukan dan juga pekerjaan.

Bermujahadahlah sehingga kalian tidak mengabaikan menunaikan solat Subuh pada waktunya tatkala kalian berseronok menikmati kelazatan tidur dan ketika malas. Begitu juga bermujahadahlah sehingga kalian tidak lalai menunaikan solat Asar kerana terlalu sibuk mendahulukan pekerjaan.

Berhati-hatilah kalian agar harta, perniagaan, kemegahan, takhta, pemerintahan dan kementerian tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.

Jadilah kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman Allah SWT yang maksud-Nya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. (al-Nur: 37 dan 38)

Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya: "Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf". (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?" Sahabat menjawab, "Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal". Sabda Baginda SAW, "Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. (riwayat al Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi pengajaran yang terdapat dalam peristiwa Israk dan Mikraj terutamanya beberapa keistimewaan yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW bagi menunjukkan kepada kita tentang ketinggian martabat Baginda SAW.

Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang celik mata hati sehingga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung, Israk dan Mikraj.


Dipetik daripada : http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=173&Itemid=45


Read more!

Wednesday, July 15, 2009

Aluan dari Pengerusi Kelab Surau As-salikin



Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita memasuki semester pertama dalam pengajian 2009/2010 kali ini. Selamat datang diucapkan kepada Mahasiswa/I baru ke Universiti Pendidikan Sultan Idris dan selemat meneruskan pengajian kepada Mahasiswa/1 lama moga-moga kejayaan milik kita semua untuk menjadi seorang guru yang budiman.

Semester ini saya dipertanggung jawabkan untuk memegang jawatan Pengurusi Kelab Surau Kuo.Alhamdulillah surau As-salikin Kuo Bertambah ceria dengan kehadiran Para Mahasiswa untuk solat berjemaah. Ini menunjukkan kesan positif di mana mahasiswa memunaikan solat seperti mana yang di anjurkan oleh Nabi Muhammad S.a.w. Surau atau Madrasah atau Masjid merupakan institusi penting dalam mengerakkan masyarakat. Dalam kontek Kuo surau merupakan institusi yang dapat mengeratkan silaturahim, tempat menadah ilmu agama, tempul berkumpul dan sebagainya. Pada Semester ini Kelab Surau akan membantu Exco latihan Pembangunan Sahsiah dalam menjayakan program-program berbentuk kerohanian seperti kuliah-kuliah maghrib, ceramah-ceramah agama semperna peristiwa, program berbuka puasa, ambang `ihya Ramadhan dan sebagainya. Jadilah pemuda-pemuda yang sentiasa mendekatkan diri kepada ALLAH dan sentiasa solat di masjid. Pemuda seperti ini akan di naungi dibawah arasy ALLAH s.w.t di akhirat kelak.

Harapan saya, semua mahasiswa/i Kuo dapat memeriahkan dan mememuhkan ruang yang ada untuk meninceduk ilmu agama dalam membina jati diri yang kukuh sebagai guru. Marilah sama-sama kita menjadi seorang mahasiswa yang beriman, bertaqwa, berilmu, berintegriti dan bertanggungjawab. Lawati blog saya www.mohabar08.blogspot.com

MOHD HANIF AZWAN BIN AB RAHMAN

PENGERUSI KELAB SURAU AS-ASALIKIN

KOLEJ UNGKU OMAR (KUO)

UPSI 2009


Read more!