Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris assalikin@gmail.com

Assalamualaikum wbt.. Selamat Datang Ke Blog Rakan Surau As-salikin, KUO, UPSI.. Semoga Blog Ini Bermanafaat Kepada Anda Semua..

Friday, November 14, 2008

Bacaan Yaa Sin di Surau Assalikin

Tarikh : 16 Zulqa`edah 1429h
Hari :Khamis (7.45 pm)
Tempat : Surau As-salikin
ALHAMDULILLAH.. Pertama dan selamanya syukur kepada Allah, empunya alam ini kerana masih memberi kepada kita bermacam kenikmatan termasuklah nikmat kehidupan walaupun kita semua banyak melakukan kemaksiatan dan lalai kepada-Nya..
ALHAMDULILLAH.. Warga Kolej Ungku Omar telah dapat berkumpul di Surau as-salikin bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Kita semua sedia maklum bahawa sesungguhnya solat berjemaah adalah lebih baik 27 kali ganda berbanding solat bersendirian..
Hadis Nabi Sallahu ‘alaihi Wassalam:
Yang bermaksud "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian sebanyak 27 darjat."
(Hadis Riwayat al-Bukhari & al-Muslim)
Marilah sama kita renung pula sebuah hadis yang menggambarkan orang yang tidak solat berjemaah.
Yang bermaksud, Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallm bersabda,"Apabila terdapat tiga orang di sebuah kampung atau di kawasan pedalaman tidak mendirikan solat berjemaah sesama mereka berjayalah syaitan menguasai mereka. Oleh itu hendaklah berjemaah kerana kambing yang jauh terpencil sahaja yang akan dibaham serigala”
(Hadis Riwayat Abu Daud & Ibnu Hibban)
Selepas solat maghrib, sekali lagi bersyukur kepada Allah kerana Dia masih memberi kesempatan kepada Warga KUO untuk meneruskan amalan akhirat dengan membaca surah Yaa Sin secara beramai-ramai..
Warga Kolej Ungku Omar sedang khusu’ membaca surah Yaa Sin
Aktiviti ini merupakan menjadi aktiviti mingguan bagi Surau As-salikin sebagai salah satu pengisian untuk meng’imarah surau ini. Ramai yang mempertikaikan dengan amalan bacaan Yaa sin pada malam jumaat dan mengatakannya sebagai sesuatu yang bid’ah. Kenapa ingin dipertikaikan amalan baik seperti ini sedangkan banyak lagi yang sepatutnya dipertikaikan seperti masalah murtad, pergaulan bebas, aurat dan sebagainya. Pada minggu ini, Ustaz Khalid yang merupakan Ketua Blok A Kolej Ungku Omar telah mengepalai bacaan Yaa sin ini dengan bacaan yang begitu indah sekali.
Ustaz Khalid yang sedang mengetua bacaan Yaa sin di Surau As-salikin,KUO
Semoga amalan ini diterima Allah dan menjadi amalan istiqamah kepada kita semua.
Insya Allah
“Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk mengerjakan amal kebajikan dan meninggalkan kemaksiatan kepada-Mu dalam jalan bagi mendekatkan diri kepada –Mu. Terimalah segala amalan ini Ya Allah”