Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris assalikin@gmail.com

Assalamualaikum wbt.. Selamat Datang Ke Blog Rakan Surau As-salikin, KUO, UPSI.. Semoga Blog Ini Bermanafaat Kepada Anda Semua..

Monday, November 17, 2008

Coretan Pengalaman Seorang Senior Kelab As-salikin

Assalamualaikum wbt.

Admin telah menerima sebuah surat daripada seorang senior kelab surau yang telah diemailkan kepada kami. Surat tersebut menceritakan berkenaan pengalaman beliau sepanjang bergiat dalam organisasi ini. Pihak Kelab Rakan Surau berasa berbesar hati dan ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengirim (tidak dinyatakan nama) kerana sudi untuk berkongsi pengalaman sebagai tatapan pelajar-pelajar baru berkaitan rentetan pahit manis beliau dalam mengimarahkan Surau As-salikin. Marilah sama-sama kita menghayati kisah ini...

..............................................................................................................................................................

Kisah Pengalaman Senior Surau Assalikin 


Untuk pengetahuan semua saya merupakan senior yang masih lagi tinggal menetap di Kolej Ungku Omar ini. Sejak semester satu iaitu pada tahun 2005 , saya telah mengenali surau ini kerana sering berjemaah di surau. Ketika itu, bilik saya agak jauh daripada surau terletak di A-1-5. Kini saya telah sem 6, agak sukar saya meninggalkan surau yang tercinta ini..Biarlah saya menghabiskan sisa-sisa baki satu semester lagi disini. Di sinilah tempat saya ditarbiah, hanya Tuhan Yang Maha Esa serta beberapa sahabat yang mengetahui.

  Pada masa dulu surau Assalikin tidak mempunyai nama lagi... dan Exco Kerohanian pada masa itu di pengerusikan oleh Abang Ismail Bin Omar. Saya pada masa dulu seperti sahabat-sahabat sekalian merupakan ahli jemaah surau sahaja. Pada masa tersebut saya tidak mengenali Abang Ismail lagi, hanya saling kenal mengenali di surau sahaja. Dengan izin Tuhan Yang Maha Esa, Abang Ismail sering datang ke bilik bagi menziarahi sahabatnya iaitu Azlie yang merupakan teman seperjuangannya ketika di Politeknik.. Sejak itu, Abang Ismail mengenali saya dengan seorang lagi sahabat saya iaitu Ust Man dengan lebih rapat. Pada suatu malam, Abang Ismail datang ke bilik saya dan menyatakan bahawa bilangan muslimin bagi menggerakkan aktiviti surau dan kerohaniaan amat sedikit. Pada masa itu, hanya ada 3 hingga 4 oarang sahaja muslimin yang rela menyertai kerohanian dan memegang jawatan ajk surau. Ramai sahabat tidak mahu memegang jawatan dan tidak mahu bersama-sama menggerakkan aktiviti. Mereka lebih cenderung untuk menolong bersama-sama secara sambilan sahaja.

  Pada mulanya saya bersama sahabat agak terkejut dengan berita tersebut, Abang Ismail ingin melantik kami berdua untuk diserapkan di dalam kerohanian dan surau. Agak berat bagi saya dan sahabat bagi menerima tawaran tersebut pada mulanya tetapi demi agama, Abang Ismail memilih kami dan di sokong oleh naib pengerusi kerohanian pada masa itu iaitu Ust Mahadir yang merupakan Tuk Guru mengaji saya pada masa tersebut. Di takdirkan juga pada semester berikutnya Abang Ismail telah menempatkan kami rakan Exco kerohanian sebilik yang hampir dengan surau iaitu A-1-23. Sejak itu, banyak aktiviti kerohanian dan surau telah dijalankan. 
Pada masa itu, jenerasi Akmal Mahadzir, Fadhiri, Faizul tidak muncul lagi.... selepas kehadiran mereka menambahkan seri dan semangat di dalam melaksanakan aktiviti kerohanian di KUO. Selepas jenerasi tersebut juga, barulah ramai muslimin yang berminat untuk menyertai gerak kerja surau dan kerohanian.. ( Tuhan telah menghantar insan-insan yang menyayangi surau sedikit demi sedikit hingga ke hari ini...) Kini saya sendiri dapat melihat bertapa ramai insan-insan yang terpilih bagi mengimarahkan Surau As Salikin.

Tujuan saya menceritakan pengalaman ini supaya agar lebih ramai lagi rakan-rakan ahli jemaah Surau Assalikin menerima amanah jawatan yang ditawarkan sekiranya ditawarkan kepada anda. Rebutlah peluang untuk berbakti kepada AGAMA dengan menyumbang masa dan tenaga. Jika para sahabat dahulu tidak menyumbangkan masa dan tenaga bagi menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah Agama di KUO. Saya rasa kita hanya pergi ke Surau untuk bersembahyang semata-mata pada hari ini tanpa sebarang pengisian ilmu. Pelapis Surau Assalikin dan Exco Sahsiah Perpaduan dan Pembangunan anda semua adalah jenerasi pelapis...yang ditunggu bagi meneruskan perjuangan ini. 

Diemailkan pada : 15 November 2008
Jam 7.28 am