Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris assalikin@gmail.com

Assalamualaikum wbt.. Selamat Datang Ke Blog Rakan Surau As-salikin, KUO, UPSI.. Semoga Blog Ini Bermanafaat Kepada Anda Semua..

Tuesday, March 31, 2009

(Info 3) - Peristiwa penting dalam Bulan Rabi'ul Akhir

Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.

Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya.
Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.




Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir

1. Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.

2. Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.

3. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.

4. Peperangan Jamal - tahun fitnah dimana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.

5. Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid diantaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.

6. Imam Ghazali r.h meninggal dunia.

7. Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.

Rujukan;

1. Jab. Mufti Terengganu, http://mufti.islam.gov.my/terengganu

2. Dr.(H) Hj. Kassim bin Bahali, Jab. Mufti Melaka, jkmmufti@tm.net.my

3. Shaykh Muhammad Saleem Dhorat, Riyadul Jannah ; Gardens of Paradise issue 1 (2004), http://www.riyaduljannah.com

4. Majlis Ugama Islam Singapura,Warita 1996, http://www.muis.gov.sg


Disemak oleh;

1. Dr.(H) Hj. Kassim bin Bahali, Peg. Falak dan Sumber Maklumat, Jab. Mufti Negeri Melaka.

2. Ust. Mohd Nazri bin Abd. Majid, Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka.

3. Ust. Mohd Ali bin Zainal, Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka

Read more!

Tuesday, March 24, 2009

Salam Maulidur Rasul buat semua....

Assalamualaikum w.b.t

Sahabat dan sahabiah yang dikasihi. Diharap masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua. Marilah kita sama-sama berselawat keatas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Jadikanlah amalan berselawat, sebagai amalan seharian, bukan hanya pada hari tertentu sahaja.

DARIPADA Ubai bin Ka’ab, katanya: "Ya Rasulullah saw! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak peruntukkan masa berselawat bagi tuan. Maka, sebanyak mana yang elok aku peruntukkan?"

Baginda menjawab: "Sekadar mana yang engkau suka." Aku berkata: "Aku hendak peruntukkan sesuku daripada masaku." Baginda bersabda: "Sekadar mana yang engkau suka dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "Kalau begitu aku peruntukkan setengah daripada masaku."
Rasulullah bersabda: "Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "Kalau demikian, aku peruntukkan dua pertiga daripada masaku." Baginda bersabda: "Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu."

Aku berkata: "(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan." Baginda bersabda: "Jika demikian, terpelihara dan terselamatlah engkau daripada apa yang mendukacita dan membimbingkanmu sama ada perkara dunia mahupun akhirat dan diampunkan
dosamu…"

Rasulullah bersabda bahawa Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail berkata kepadaku.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah? Malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang yang berselawat ke atas Rasulullah.

Begitu besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi Muhammad saw. Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.

Marilah sama-sama kita renungkan...


Read more!

Friday, March 20, 2009

Alhadulillah !! Ceramah Brother Lim mendapat sambutan.

Ahad (18 Rabi’ul Awal 1930h) –Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah dengan kerjasama Kelab Rakan Surau As-Salikin Kolej Ungku Omar telah berjaya menjalankan satu program ceramah bersempena Sambutan Maulidul Rasul. Ceramah yang bertajuk “Ada apa dengan Islam (Siri 2) tersebut telah disampaikan oleh seorang muallaf terkenal iaitu Brother Lim Jooi Soon telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Dianggarkan lebih 400 orang yang terdiri daripada mahasiswa, staf dan masyarakat tempatan telah menghadirkan diri. Program bermula pada jam 9.30 malam dan telah diserikan dengan zikir beramai-ramai yang telah diketuai oleh JMK Latihan dan Penbangunan Sahsiah sendiri iaitu saudara Mohd Faizol. Brother Lim telah menyampaikan ceramah dengan baik serta menarik sekali dan banyak ilmu-ilmu baru yang diperoleh terutamanya berkaitan ilmu dakwah. Respon para pendengar terhadap ceramah yang disampaikan akan memuaskan dan masing-masing tetap tidak berganjak sehingga tamat program iaitu sekitar jam 11.45 malam. Semoga kita semua mendapat kebaikan daripada apa yang telah dilaksankan.


p/s : Perhatian kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Rakaman VCD ceramah Brother Lim tersebut, anda bolehlah membuat tempahan kepada Mohd Azman di no 019-4377858 sebelum 1 April 2009. Harga VCD tersebut ialah sebanyak RM 5.00 (2 cd). Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung surau untuk kegunaan aktiviti-aktiviti seterusnya.


Read more!

Saturday, March 14, 2009

Subhanallah !! Kalimah Allah di Langit

Kelihatan kalimah Allah terbentuk di langit

Asalamualaikum w.b.t.


Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T.


Pada hari Jumaat pada (13.3.09) pukul 6.55 petang, imej di langit seakan-akan kalimah Allah S.W.T dilihat dari pandangan dari Kolej Ungku Omar. Tujuan saya berkongsi gambar ini adalah bagi berkongsi sesuatu yang telah tuhan izinkan saya melihatnya dan juga sempat saya merakamkan imej tersebut, ada baiknya saya berkongsi kepada semua, marilah kita lihat tanda kebesaran Allah S.W.T ini. Moga-moga sesiapa yang melihatnya dapat mengambil pengajaran di atas petunjuk daripada Allah yang Esa. Sesungguhnya, Allah S.W.T lebih mengetahui segala-galanya.


Wallahu 'Alam


Read more!

Thursday, March 12, 2009

Ceramah Agama - Brother Lim


Read more!

Monday, March 9, 2009

Gambar Kenangan Bersama Syeikh Nuruddin

Gambar Kenangan Bersama Syeikh Nuruddin


Perjalanan menaiki bas ke tempat program (Masjid wilayah)



Ketibaan di Masjid Wilayah. Menunggu program bermula



Kelihatan para peserta sedang khusu' mendengar kuliah
daripada Syeikh Nuruddin



Wajah jernih seorang Ulama'



Para peserta program bergambar sebelum pulang ke UPSI


Read more!

Program Jejak Ulama'

Assalamua’laikum warahmatullah…alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH S.W.T selaku Tuhan yang Maha Yang Maha Esa lagi Maha Mulia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. yang telah dinobatkan sebagai Habibullah (kekasih ALLAH) dulu, kini dan selamanya..


Penyampaian cenderamata daripada Saudara Faizol, Exco LPS KUO
kepada Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki


Tanggal 1 MAC 2009, kami dari exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah (LPS) dengan gandingan mantap ahli Kelab Surau KUO telah menjalan satu program “Jejak Ulama'” ke masjid wilayah. Tokoh ulama' yang dimaksudkan ialah Syeikh Nuruddin al-Banjari Al-Makki. Beliau merupakan seorang ulama' yang bagi saya amat dikenali umum sebagai pakar ilmu hadith. Program ini amat bermakna buat kami kerana selain kami dapat berjumpa dengan pewaris nabi (ulama'), kami juga telah diberi nasihat dan teguran yang sangat berguna untuk kebaikan di dunia dan alam selepas mati. Dalam kitab “Ihfa Zillah yah fazzka” dan “Bahrul Mazi’ dan kitab-kitab lain banyak menerangkan tentang kelebihan ulama' dan tempias kelebihan ini turut diterima oleh mereka yang memuliakan ulama'. Namun dunia akhir zaman sekarang, perkara seperti ini ramai yang terlepas pandang. Jesteru, kami mengambil sikap berkecuali untuk bersama golongan yang terlepas pandang ini. Selaku exco LPS Kolej Ungku Omar(KUO) Universsiti Pendidikan sultan Idris (UPSI) mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada semua Rakan Exco LPS dan ahli kelab surau dalam mejayakan program ini dan tidak lupa juga kepada pihak pentadbiran Kolej Ungku Omar yang telah memberi kerjasama yang baik dalam memastikan program ini berjalan lancar.

Harapan saya, semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dan kepada mereka yang melayari blog ini, nasihat saya; selagi ulama' kita masih ada, ambillah kesempatan mendampingi mereka, insya-Allah kita akan mendapat nilai kebaikan dan keuntungan di sisi ALLAH S.W.T .


Laporan Disediakan Oleh ;


Mohd Faizol Bin Abdul Sukor
(Exco Latihan Dan Pembangunan Sahsiah,Kolej Ungku Omar)

Read more!

Monday, March 2, 2009

(Info 1) - Peristiwa penting dalam Bulan Rabi'ul Awal

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM BULAN RABI"UL AWAL


Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;


1) Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.


2) Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.


3) Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.


5) Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.


6) Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.


7) Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.


8) Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.


9) Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.


10) Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.


Masjid Hagia Sophia di Sepanyol yang telah ditukar menjadi Muzium


Read more!