Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris assalikin@gmail.com

Assalamualaikum wbt.. Selamat Datang Ke Blog Rakan Surau As-salikin, KUO, UPSI.. Semoga Blog Ini Bermanafaat Kepada Anda Semua..

Friday, March 20, 2009

Alhadulillah !! Ceramah Brother Lim mendapat sambutan.

Ahad (18 Rabi’ul Awal 1930h) –Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah dengan kerjasama Kelab Rakan Surau As-Salikin Kolej Ungku Omar telah berjaya menjalankan satu program ceramah bersempena Sambutan Maulidul Rasul. Ceramah yang bertajuk “Ada apa dengan Islam (Siri 2) tersebut telah disampaikan oleh seorang muallaf terkenal iaitu Brother Lim Jooi Soon telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Dianggarkan lebih 400 orang yang terdiri daripada mahasiswa, staf dan masyarakat tempatan telah menghadirkan diri. Program bermula pada jam 9.30 malam dan telah diserikan dengan zikir beramai-ramai yang telah diketuai oleh JMK Latihan dan Penbangunan Sahsiah sendiri iaitu saudara Mohd Faizol. Brother Lim telah menyampaikan ceramah dengan baik serta menarik sekali dan banyak ilmu-ilmu baru yang diperoleh terutamanya berkaitan ilmu dakwah. Respon para pendengar terhadap ceramah yang disampaikan akan memuaskan dan masing-masing tetap tidak berganjak sehingga tamat program iaitu sekitar jam 11.45 malam. Semoga kita semua mendapat kebaikan daripada apa yang telah dilaksankan.


p/s : Perhatian kepada sesiapa yang ingin mendapatkan Rakaman VCD ceramah Brother Lim tersebut, anda bolehlah membuat tempahan kepada Mohd Azman di no 019-4377858 sebelum 1 April 2009. Harga VCD tersebut ialah sebanyak RM 5.00 (2 cd). Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung surau untuk kegunaan aktiviti-aktiviti seterusnya.