ALHAMDULLILAH
KERIS 09, (Kem Jati Diri Muslim 09) ,telah selamat melabuhkan tirainya pada 26 Januari 2009. Kem yang dijadualkan 24-26 Januari merupakan anjuran Kelab Rakan Surau Ar-Rashidin bersama dengan Biro Latihan & Pembangunan Sahsiah Kolej Harun Aminurrashid meninggalkan kesan yang bermakna kepada saya terutamanya. Ini merupakan anjuran julung-julung kalinya, dan saya selaku ahli rakan surau telah mendapat taklifan sebagai unit pengisian dan modul berusaha memberikan yang terbaik kepada para peserta biarpun masih banyak ruang yang menuntut untuk diperbaiki.
Andai ada lafaz yang lebih mulia daripada ucapan terima kasih, itulah lafaz yang ingin saya ucapkan kepada para peserta KERIS 09 kerana komitmen yang cukup baik dan sahabat-sahabat urusetia, biarpun ada beberapa perkara yang menjadi halangan kita. Semoga kefahaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan disampaikan kepada rakan-rakan yang lain.
Apa yang paling bermakna, adalah semasa slot muhasabah yang berlangsung pada pukul 1pg-3 pg, menemukan kami dengan kebesaran ALLAH. Slot ini diadakan khas untuk para peserta bermuhasabah dan bermunajat. Kalimah ALLAH ditemui dalam gambar yang kami ambil.
SLOT MUHASABAHIni pertama kali saya menyaksikannya, dan ianya bukan dibuat-buat. Malah, kami selaku urusetia melihat gambar ini berkali-kali. Subhanallah. Kami menemui kebesaranMU ya ALLAH. Pancaran api lilin yang kami susun dan letakkan pada setiap peserta untuk bermunajat membentuk kalimah ALLAH.
Walaubagaimanapun, setiap perkara yang berlaku harus diambil iktibar dan pengajaran. Dan sememangnya, saya sentiasa berharap agar program seumpama ini dijadikan program wajib tahunan untuk Rakan Surau Ar-rashidin, InsyaALLAH.
NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF
Unit Pengisian dan Modul
KERIS 09
Read more!
Pada mulanya saya bersama sahabat agak terkejut dengan berita tersebut, Abang Ismail ingin melantik kami berdua untuk diserapkan di dalam kerohanian dan surau. Agak berat bagi saya dan sahabat bagi menerima tawaran tersebut pada mulanya tetapi demi agama, Abang Ismail memilih kami dan di sokong oleh naib pengerusi kerohanian pada masa itu iaitu Ust Mahadir yang merupakan Tuk Guru mengaji saya pada masa tersebut. Di takdirkan juga pada semester berikutnya Abang Ismail telah menempatkan kami rakan Exco kerohanian sebilik yang hampir dengan surau iaitu A-1-23. Sejak itu, banyak aktiviti kerohanian dan surau telah dijalankan.
