Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris assalikin@gmail.com

Assalamualaikum wbt.. Selamat Datang Ke Blog Rakan Surau As-salikin, KUO, UPSI.. Semoga Blog Ini Bermanafaat Kepada Anda Semua..

Thursday, February 26, 2009

(Muhasabah 1) 11 Amalan Yang Terbalik

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)


Read more!

Tuesday, February 24, 2009

(Kisah Teladan 1) : Abdullah Ibnu Abbas Menjawab Soalan Dari Kaisar Rom

Abdullah Ibnu Abbas Menjawab Soalan Dari Kaisar Rom

Diriwayatkan bahawa Kaisar Rom menulis surat kepada Ma'awiyah bin Abi Sufyan yang dibawa oleh seorang utusan. Isi surat tersebut: "Beritahukan kepada saya tentang suatu yang tidak ada kiblatnya (pengimaman), tentang yang tidak punya ayah, tidak punya keluarga (ibu-bapa) dan orang yang dibawa-bawa oleh kuburannya. Juga tentang tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim, tentang sesuatu, setengahnya dan yang tidak terbilang. Kirimlah kepadaku dalam botol suatu bibit (sumber dari segala sesuatu)".



Ma'awiyah r.a. kemudian mengirimkan surat dan botol tersebut kepada Abdullah Ibnu Abbas r.a., pakar dan tokoh ulama fikah agar menjawab surat itu. Ibnu Abbas r.a. menjawab seperti berikut: "Yang tidak punya kiblat (pengimaman) adalah Ka'bah. Yang tidak punya Ayah adalah Isa a.s. Yang tidak punya keluarga (ibu-bapa) ialah Adam a.s. Yang dibawa-bawa oleh kuburannya ialah Yunus a.s. yang ditelan oleh ikan hiu. Adapaun tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim ialah domba Nabi Ibrahim a.s., unta betina Nabi Saleh as., dan ular Nabi Musa a.s. Adapun 'sesuatu' itu ialah orang berakal yang menggunakan akalnya. Setengah (separuh) dari sesuatu ialah orang yang tidak berakal tetapi mengikuti pendapat orang-orang yang berakal. Adapun yang tidak terbilang (apa-apa) ialah orang yang tidak berakal dan tidak mahu mengikuti fikiran orang-orang yang berakal. Kemudian, beliau mengisi botol sehingga penuh dengan air dan berkata, "Air adalah bibit (sumber) dari segala sesuatu." Jawapan surat Ma'awiyah dikirimkan kepada Kaisar yang menanggapinya dengan penuh kekaguman.

Read more!

Thursday, February 12, 2009

Rabu (15 Safar 1430 H) – Biro Ekonomi & Keusahawanan, Kelab Surau Assalikin Kolej Ungku Omar telah memulakan perniagaan dalam program Siswa Niaga 09 KUO. Penyertaan dalam program ini merupakan salah satu daripada perancangan biro tersebut.

Pelbagai produk yang telah dijual. Antaranya :

1) Kerepek

2) Air minuman

3) Madu Tualang

4) Islamic Button Batch

5) Dan lain-lain


Kelihatan salah seorang peniaga sedang mempromosikan sesuatu

kepada pelanggan di Gerai Kelab Surau As-salikin


Semua pengunjung Pasar Malam KUO dialu-alukan ke gerai Kelab Surau As-salikin bagi mendapatkan barangan yang dinyatakan di atas. Insya Allah, produk-produk lain akan menyusul kemudian. Sekalung tahniah buat semua yang terlibat dalam menggerakan Perniagaan ini.



Read more!

Thursday, January 29, 2009

Bukti Kebesaran Allah DI Kem Jati Diri Muslim (KERIS)

Sumber : http://guruohguru.wordpress.com/

Bismillahirrahmanirrahim

ALHAMDULLILAH

KERIS 09, (Kem Jati Diri Muslim 09) ,telah selamat melabuhkan tirainya pada 26 Januari 2009. Kem yang dijadualkan 24-26 Januari merupakan anjuran Kelab Rakan Surau Ar-Rashidin bersama dengan Biro Latihan & Pembangunan Sahsiah Kolej Harun Aminurrashid meninggalkan kesan yang bermakna kepada saya terutamanya. Ini merupakan anjuran julung-julung kalinya, dan saya selaku ahli rakan surau telah mendapat taklifan sebagai unit pengisian dan modul berusaha memberikan yang terbaik kepada para peserta biarpun masih banyak ruang yang menuntut untuk diperbaiki.

Andai ada lafaz yang lebih mulia daripada ucapan terima kasih, itulah lafaz yang ingin saya ucapkan kepada para peserta KERIS 09 kerana komitmen yang cukup baik dan sahabat-sahabat urusetia, biarpun ada beberapa perkara yang menjadi halangan kita. Semoga kefahaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan disampaikan kepada rakan-rakan yang lain.

Apa yang paling bermakna, adalah semasa slot muhasabah yang berlangsung pada pukul 1pg-3 pg, menemukan kami dengan kebesaran ALLAH. Slot ini diadakan khas untuk para peserta bermuhasabah dan bermunajat. Kalimah ALLAH ditemui dalam gambar yang kami ambil.


SLOT MUHASABAH

Ini pertama kali saya menyaksikannya, dan ianya bukan dibuat-buat. Malah, kami selaku urusetia melihat gambar ini berkali-kali. Subhanallah. Kami menemui kebesaranMU ya ALLAH. Pancaran api lilin yang kami susun dan letakkan pada setiap peserta untuk bermunajat membentuk kalimah ALLAH.

Walaubagaimanapun, setiap perkara yang berlaku harus diambil iktibar dan pengajaran. Dan sememangnya, saya sentiasa berharap agar program seumpama ini dijadikan program wajib tahunan untuk Rakan Surau Ar-rashidin, InsyaALLAH.

NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF

Unit Pengisian dan Modul

KERIS 09

Read more!

Saturday, December 20, 2008

Montaj Perasmian Majlis Khatam Al-Quran Bersama Anak Yatim


Read more!

Sunday, November 23, 2008

Selamat Bercuti !!

Assalamualaikum wbt...

Pihak kelab rakan surau ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua pengunjung.. Semoga cuti pada kali lebih bermakna dan bermanafaat buat kita semua..

Sebenarnya kita senantiasa berada dalam kerugian sekiranya masa yang ada tidak digunakan dengan sebaiknya.. Kita adalah umat Muhammad S.A.W. yang mempunyai sedikit kesedaran terhadap agama.. kita mesti ingat bahawa kita berbeza dengan orang lain, maka semestinya kita berkelakukan seperti manusia yang luar biasa..

Jika kebanyakan mahasiswa mengisi masa cutinya dengan hiburan, televisyen, radio dan sebagainya, maka semestinya kita menggantikannya dengan membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya..

Jika kebanyakan mahasiswa UPSI mengisi masa cutinya dengan tidur dan tidur serta tidur yang berpanjangan, maka semestinya kita menggantikannya dengan bangun tahjud dan sebagainya..

Marilah sama-sama kita berazam, moga-moga diberikan kekuatan oleh Allah untuk memperbanayakkan amalan kita terutamanya dalam tempoh yang mencabar ini..

INSYAALLLAH.. Kullu Ammum Wa Antum Bil Khair

Read more!

Monday, November 17, 2008

Coretan Pengalaman Seorang Senior Kelab As-salikin

Assalamualaikum wbt.

Admin telah menerima sebuah surat daripada seorang senior kelab surau yang telah diemailkan kepada kami. Surat tersebut menceritakan berkenaan pengalaman beliau sepanjang bergiat dalam organisasi ini. Pihak Kelab Rakan Surau berasa berbesar hati dan ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengirim (tidak dinyatakan nama) kerana sudi untuk berkongsi pengalaman sebagai tatapan pelajar-pelajar baru berkaitan rentetan pahit manis beliau dalam mengimarahkan Surau As-salikin. Marilah sama-sama kita menghayati kisah ini...

..............................................................................................................................................................

Kisah Pengalaman Senior Surau Assalikin 


Untuk pengetahuan semua saya merupakan senior yang masih lagi tinggal menetap di Kolej Ungku Omar ini. Sejak semester satu iaitu pada tahun 2005 , saya telah mengenali surau ini kerana sering berjemaah di surau. Ketika itu, bilik saya agak jauh daripada surau terletak di A-1-5. Kini saya telah sem 6, agak sukar saya meninggalkan surau yang tercinta ini..Biarlah saya menghabiskan sisa-sisa baki satu semester lagi disini. Di sinilah tempat saya ditarbiah, hanya Tuhan Yang Maha Esa serta beberapa sahabat yang mengetahui.

  Pada masa dulu surau Assalikin tidak mempunyai nama lagi... dan Exco Kerohanian pada masa itu di pengerusikan oleh Abang Ismail Bin Omar. Saya pada masa dulu seperti sahabat-sahabat sekalian merupakan ahli jemaah surau sahaja. Pada masa tersebut saya tidak mengenali Abang Ismail lagi, hanya saling kenal mengenali di surau sahaja. Dengan izin Tuhan Yang Maha Esa, Abang Ismail sering datang ke bilik bagi menziarahi sahabatnya iaitu Azlie yang merupakan teman seperjuangannya ketika di Politeknik.. Sejak itu, Abang Ismail mengenali saya dengan seorang lagi sahabat saya iaitu Ust Man dengan lebih rapat. Pada suatu malam, Abang Ismail datang ke bilik saya dan menyatakan bahawa bilangan muslimin bagi menggerakkan aktiviti surau dan kerohaniaan amat sedikit. Pada masa itu, hanya ada 3 hingga 4 oarang sahaja muslimin yang rela menyertai kerohanian dan memegang jawatan ajk surau. Ramai sahabat tidak mahu memegang jawatan dan tidak mahu bersama-sama menggerakkan aktiviti. Mereka lebih cenderung untuk menolong bersama-sama secara sambilan sahaja.

  Pada mulanya saya bersama sahabat agak terkejut dengan berita tersebut, Abang Ismail ingin melantik kami berdua untuk diserapkan di dalam kerohanian dan surau. Agak berat bagi saya dan sahabat bagi menerima tawaran tersebut pada mulanya tetapi demi agama, Abang Ismail memilih kami dan di sokong oleh naib pengerusi kerohanian pada masa itu iaitu Ust Mahadir yang merupakan Tuk Guru mengaji saya pada masa tersebut. Di takdirkan juga pada semester berikutnya Abang Ismail telah menempatkan kami rakan Exco kerohanian sebilik yang hampir dengan surau iaitu A-1-23. Sejak itu, banyak aktiviti kerohanian dan surau telah dijalankan. 
Pada masa itu, jenerasi Akmal Mahadzir, Fadhiri, Faizul tidak muncul lagi.... selepas kehadiran mereka menambahkan seri dan semangat di dalam melaksanakan aktiviti kerohanian di KUO. Selepas jenerasi tersebut juga, barulah ramai muslimin yang berminat untuk menyertai gerak kerja surau dan kerohanian.. ( Tuhan telah menghantar insan-insan yang menyayangi surau sedikit demi sedikit hingga ke hari ini...) Kini saya sendiri dapat melihat bertapa ramai insan-insan yang terpilih bagi mengimarahkan Surau As Salikin.

Tujuan saya menceritakan pengalaman ini supaya agar lebih ramai lagi rakan-rakan ahli jemaah Surau Assalikin menerima amanah jawatan yang ditawarkan sekiranya ditawarkan kepada anda. Rebutlah peluang untuk berbakti kepada AGAMA dengan menyumbang masa dan tenaga. Jika para sahabat dahulu tidak menyumbangkan masa dan tenaga bagi menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah Agama di KUO. Saya rasa kita hanya pergi ke Surau untuk bersembahyang semata-mata pada hari ini tanpa sebarang pengisian ilmu. Pelapis Surau Assalikin dan Exco Sahsiah Perpaduan dan Pembangunan anda semua adalah jenerasi pelapis...yang ditunggu bagi meneruskan perjuangan ini. 

Diemailkan pada : 15 November 2008
Jam 7.28 am
Read more!

Friday, November 14, 2008

Bacaan Yaa Sin di Surau Assalikin

Tarikh : 16 Zulqa`edah 1429h
Hari :Khamis (7.45 pm)
Tempat : Surau As-salikin
ALHAMDULILLAH.. Pertama dan selamanya syukur kepada Allah, empunya alam ini kerana masih memberi kepada kita bermacam kenikmatan termasuklah nikmat kehidupan walaupun kita semua banyak melakukan kemaksiatan dan lalai kepada-Nya..
ALHAMDULILLAH.. Warga Kolej Ungku Omar telah dapat berkumpul di Surau as-salikin bagi menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Kita semua sedia maklum bahawa sesungguhnya solat berjemaah adalah lebih baik 27 kali ganda berbanding solat bersendirian..
Hadis Nabi Sallahu ‘alaihi Wassalam:
Yang bermaksud "Solat berjemaah melebihi solat bersendirian sebanyak 27 darjat."
(Hadis Riwayat al-Bukhari & al-Muslim)
Marilah sama kita renung pula sebuah hadis yang menggambarkan orang yang tidak solat berjemaah.
Yang bermaksud, Rasulullah Sallahu 'alaihi wasallm bersabda,"Apabila terdapat tiga orang di sebuah kampung atau di kawasan pedalaman tidak mendirikan solat berjemaah sesama mereka berjayalah syaitan menguasai mereka. Oleh itu hendaklah berjemaah kerana kambing yang jauh terpencil sahaja yang akan dibaham serigala”
(Hadis Riwayat Abu Daud & Ibnu Hibban)
Selepas solat maghrib, sekali lagi bersyukur kepada Allah kerana Dia masih memberi kesempatan kepada Warga KUO untuk meneruskan amalan akhirat dengan membaca surah Yaa Sin secara beramai-ramai..
Warga Kolej Ungku Omar sedang khusu’ membaca surah Yaa Sin
Aktiviti ini merupakan menjadi aktiviti mingguan bagi Surau As-salikin sebagai salah satu pengisian untuk meng’imarah surau ini. Ramai yang mempertikaikan dengan amalan bacaan Yaa sin pada malam jumaat dan mengatakannya sebagai sesuatu yang bid’ah. Kenapa ingin dipertikaikan amalan baik seperti ini sedangkan banyak lagi yang sepatutnya dipertikaikan seperti masalah murtad, pergaulan bebas, aurat dan sebagainya. Pada minggu ini, Ustaz Khalid yang merupakan Ketua Blok A Kolej Ungku Omar telah mengepalai bacaan Yaa sin ini dengan bacaan yang begitu indah sekali.
Ustaz Khalid yang sedang mengetua bacaan Yaa sin di Surau As-salikin,KUO
Semoga amalan ini diterima Allah dan menjadi amalan istiqamah kepada kita semua.
Insya Allah
“Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk mengerjakan amal kebajikan dan meninggalkan kemaksiatan kepada-Mu dalam jalan bagi mendekatkan diri kepada –Mu. Terimalah segala amalan ini Ya Allah”

Read more!

Wednesday, November 12, 2008

Surau Assalikin, KUO

Surauku Syurgaku !!


Surau As-Salikin Kolej Ungku Omar,

Taman Bahtera UPSI,

35900 Tanjung Malim,

Perak Darul Ridzuan.

assalikin@gmail.com / http:assalikinkuo.blogspot.com


Read more!

Thursday, November 6, 2008

Pelancaran Blog Kelab Surau As-salikin KUO

Assalamualaikum wbt

Selamat Datang Ke Blog Kelab Surau As-salikin KUO
Read more!