Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris assalikin@gmail.com

Assalamualaikum wbt.. Selamat Datang Ke Blog Rakan Surau As-salikin, KUO, UPSI.. Semoga Blog Ini Bermanafaat Kepada Anda Semua..

Thursday, April 30, 2009

Trip to Masjid Wilayah

Assalamualaikum w.b.t


Syukur Alhamdulillah, pada 26/4/2009 bersamaan 1 Jamadil Awal 1430H, rombongan ke Masjid Wilayah untuk kali ke dua selamat dijalankan. Rombongan ini dijalankan dibawah kelolaan Exco Latihan Pembangunan Dan Sahsiah KUO dengan kerjasama Kelab Rakan Surau as-Salikin KUO. Sambutan program sangat menggalakan iaitu seramai 66 orang, iaitu 33 orang muslimin dan 33 muslimat telah menyertainya. Bermula seawal 7.30 pagi rombongan ini mula bertolak dari KUO dengan menaiki 2 buah bas Universiti Pendidikan Sultan Idris dan tiba di masjid Wilayah kira-kira pada pukul 8.45 pagi.


Kelihatan sebahagian peserta sedang kusyu' mendengar

penerangan daripada Syeikh Nuruddin


Kuliah yang disampaikan oleh syeikh Nuruddin Al-Banjari bermula pada pukul 9.00 pagi. Kuliah yang disampaikan mengandungi 2 sesi, iaitu sesi pertama bermula daripukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.30pagi, peserta dibenarkan untuk rehat selama 30 minit dan kuliah disambung semula pada sesi kedua bermula pada pukul 11.00pagi sehingga pukul 12.30 tengahari dan sesi soal jawab dibuka untuk peserta. Kitab yang digunakan bertaju al-Iqtibas iaitu merupakan kitab berkaitan himpunan hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas. Diharapkan semoga program ini dapat diteruskan untuk masa-masa yang akan datang. Insya Allah.


Bergambar sebelum pulang ke UPSI



Dinukilkan oleh,

Akh Mohammad Redhuwan bin Zakaria